Wednesday, December 11, 2013

Ku Tak Mahu Kehilangan Mu

Tiap detik yang terpaksa ku lalui
Terasa janggal bila kau tiada disisi
Disapa dan terus menyepi
Adakah aku yang tidak mengerti
Atau kurang mengetahui
Apa rasa yang ingin kau sembunyi
Apakah yang kini bersulam di dalam hati
Ku tak mahu kehilangan mu lagi
Rasa ini kurasa telah mendalam pergi
Dan akan kekal terpateri
Ku tahu rasa ini tak sama kamu rasai
Tapi aku tak peduli
Selama kau sudi disisi
Walau hanya di atas angin fantasi
Sudah cukup bagi ku ini
Ku tak mahu kehilangan mu lagi
Biar lidah ini menyepi
Agar kau masih tidak pergi
Sapalah aku dengan hati
Engkau yang cantik meredup tari