Tuesday, December 17, 2013

Dakapan Waktu

Waktu
Izinkan aku putarkan kau kembali
Pada waktu ku ambil keputusan tuli
Untuk pulang awal setelah lebaran berakhir
Supaya dia tidak menegur aku
Supaya aku tak jenguk melulu
Lalu membibitkan rasa kasihan
Menekan rasa cinta yang kecil
Hingga aku tak dapat lari darinya

Waktu
Izinkan aku membeku mu
Takkala aku berdua dengan di gedung bawah tanah
Kau ketawa dengar lawak bodoh aku
Tersenyum menampakkan lesung pipitmu
Bekukan tika itu wahai waktu
Ku mahu tatap wajah berlesung pipit itu
Takkala kau senyum beralas sipu-sipu

Waktu
Izinkan aku pantaskan mu kedepan
Sehingga aku terlantar bernyawa ikan
Aku tak rela hidup kalau cintamu tiada balasan
Aku redha dah harapan yang terbaik  untuk berpesan

Waktu
Aku kini kerap kau dakap
Melemahkan jarum-jarum faktab
Menunggu aku meniti masa sesuai
Akan aku buatkan kau terbuai