Sunday, December 8, 2013

Kini Berakhir

Dulu dia menyapa ceria
Membuat hatiku berbunga-bunga
Indah umpama pelangi dua
Pabila malam terhias bintang berjuta
Ingin ku kembali di masa itu
Takkala tutur kata jujur tersipu
Gurau senda menggila laku
Yang kini bertukar lagak ilmu
Segalanya tak termampu dikais waktu
Senda dianggap lagu melaku
Laksana orang tua bujang tak mampu

Kadang kala terfikir juga aku
Kenapa perlu terhujah pada pesan abjad
Sering mengundang curiga tersalah tafsir
Aku tetap orang yang sama
Cuma dia yang berubah ntah hendak jadi apa tak tahu
Rindu tak dibalas
Di sapa asyik hendak culas
Pelawa asyik dengan malas
Biarlah kata ini tiada alas

Kini biar ia berakhir
Biar ku jelek sampai dia benci
Dari dia mengelak tak mahu berkata
Aku tahu dia tak suka ketiga
Walau jujur telah ku bentang nyata
Yang ku tunggu bentangan dia pula
Berminggu-minggu ceria
Berbulan-bulan bermain rasa
Dan kini aku putus asa
Kini berakhir sahaja
Aku???? Tetap lelaki tak guna