Friday, December 27, 2013

Sakti Diri Mati

Tak berdarah tika dimaki
Boleh hidup terdalam mati
Melompat setinggi mimpi
Terbenam sedalam hari
Halimunan dalam halusinasi
Petah berkata tak kering gusi
Siapalah aku ini?

Akulah raja sakti diri
Dalam dunia yang kurang memberi
Bila hidup tapi takut mati
Hiasan dunia masih tidak mencukupi
Walau berjuta telah memberi

Akulah raja sakti diri
Yang lupa pada janji sendiri
Menyapa dengan kuku besi
Hati kau tidak aku peduli
Aku tak mahu mati lagi
Ini aku punya sakti
Aku tak akan mati
Walau nyawa di halkum kini
Aku tak akan mati
Aku tak akan mati
Aku tak akan mati
Aku tak mahu mati
Aku................kembali kepada rahmatnya kini