Friday, December 13, 2013

Aku Takut

Takut aku untuk lontarkan bicara
Kerna aku takut kau terkhilaf duga
Dan tak mampu aku berdiam lupa
Kerna ia memakan tiap cinta dan rasa
Meninggalkan aku tidak memiliki apa

Aku takut.....ya aku takut
Tapi tak bererti aku pengecut
Aku sedar diri ini bukan senang untuk diikut
Memilih dalam mendengar
Emosi tika hingar
Tak berniat untuk kurang ajar
Aku hanya mahu kau dan aku sejajar
Melalui kisah yang terus malar

Dalam ku kian mereput lebur
Bila ku lihat kau makin kabur
Bukan janji kosong ingin ku tabur
Tiap kata ini sudah tidak terhambur
Hanya termampu ucapan pagi dan malam
Kerana aku tak mahu semua ini menjadi kelam
Dan aku akan terus tenggelam
Hingga etrputus hubung dengan alam
Aku takut....ya aku takut
Biarlah aku terus jelek pada mu
Asalkan di hati ku...dalam memori ku
Aku lah kekasih yang selama ini kau tunggu