Sunday, December 22, 2013

Pembeli Masa

Dia hanya membeli masa
Dengan matawang pinjaman semata
Menagih simpati di jalan setia
Ada yang menjual dengan kasihan sahaja
Ada juga yang berurusan kerana terpaksa
Kau sering lari dari realiti masa
Membohongi diri mu, kau kata kau gembira
Walau hati teranyam duka
Dan kesepian mencengkam jiwa
Adakah kau berupaya
Meneruskan selaga kau usaha
Walau kau sudah dapat menjangka
Jalan ini tak akan membawa kau kemana
Kerana kau hanya menangguhkan luka
Luka yang pasti melaratkan tubuh rupa