Monday, January 13, 2014

Tujuan

Setiap jasad punya misi sendiri
Terus hidup melengkap hati
Hati yang kekadang sukar dierti
Walau ditafsir berulang kali
Jangan disoal kenapa semua ini terjadi
Terus dakap dalam teliti
Terus kucup dalam suci
Perancangan tuhan ada lakaran terdiri
Boleh dikaji tapi jangan disalah erti
Bukaknkah sudah janjiNya ujian di turun bertali-tali
Pada hambaNya yang mampu hadapi
Tidak akan dihukum sekali-kali
Kerana Dialah Yang Maha Adil lagi mengetahui

Tujuan kita hampir semua berlainan paksi
Ada yang mudah ada yang berat sekali
Hendaklah sabar dan tabah menghadapi
Kalau tersadung bangun kembali
Dengan semangat berkobar api
Walau tujuan kita berbeza kali
Tapi padaNya..kita hambanya sama sekali.