Wednesday, January 1, 2014

Kenapa Dia?

Dia yang singgah dihatimu
Kau dakap kemas tanpa jemu
Dan aku memandang dari jauh lesu
Melihat tawa mesra dia dan kamu
Sapaan ku kian dalam sendu
Kerana kau sudah tak mahu ambil tahu
Tempat ku hanya sudut kelam tak berkalbu
Menyisih dan hidup dalam cemburu

Apa yang ada pada dia?
Apa yang kau lihat padanya?
Terus kau anggap ku tak berguna
Tiada faedah merupa
Tiada harapan berpunya
Dia tetap kau belai mesra
Dan aku terus kau dingin berpura
Tiada peluang menduga
Tapi untuk dia kau buka luas hati menerima
Ku tak layak walaupun untuk sisa
Dari hatimu yang ku damba berinci cuma
Kenapa dia?
Apa yang dia ada lebih dari segala
Membuat aku kau lupa
Walau berjuta aku sapa
Di hatimu sudah tak terdiam aku yang melara
Yang hanya ada dia yang buat kau gembira