Wednesday, January 29, 2014

Mengapa Ku Tak Menyapa

Wahai Kamu
Yang selalu aku rindu
Ku sedar bahawa sapaan aku kian layu
Tak seperti dulu
Tiap pagi dan malam akan aku berlagu
Berharap agar kau terus ingat padaku
Kesamping bersama pergi hirup kopi kegemaran kamu
Bukan ku tak mahu lagi menyapa
Cuma aku curiga
Takut aku ini mengganggu dirimu yang sedang bekerja
Telah ku tulis sapaan bergeliga
Tapi akhirnya terpaksaku padam juga
Keran masih ada lagi curiga
Hari semalam masih lagi berlegar tiba
Ku tak mahu ia berulang laga
Kerana ia meretakkan hati yang kau diami lama

Wahai Kamu
Sedarilah dirimu tak pernah ku lupa
Setiap lengkok wajahmu masih segar menyala
Dalam kotak fikiranku yang masih ku cuba duga
Kau akan selamanya berada....
Dihatiku yang sentiasa mengharap ceria