Wednesday, January 29, 2014

Benci Menunggu

Mungkin aku tidak mendapat kurnian sabar
Bagi aku melihat dan belajar
Namun rasa itu makin dimamah pudar
Tika tertunggu waktu ini berputar
Hingga aku menurut rasa kurang ajar
Menyalahkan mu hingga ke akar
Aku benci menunggu
Ternanti umpama sang dungu
Mengeras laksana tugu
Walau telah terpasti arah dan tuju
Menekan tingkah dan laku
Menyorok malu umpama kulit berpuru
Penrangai yang tak bisa ditiru
Hanya kerana aku benci menunggu

Tika aku diam merenung genggam
Kau entah dimana dan aku terus diam
Tak bisa duduk dan tak bisa kiam
Kerana seluruhku tertumpu pendam
Pada balasan mu yang sentiasa aku idam
Dan bila ku meluahkan segala dendam
Tak mahu rasa ini terus terendam
Terperosok jauh terpendam
Aku tak mahu ia terus terkemam
Rasa ini ku mahu jadi cinta mati
Bukan beransur menjadi benci
Yang mula terpupuk bila kau berdiam diri
Bila ia melintas garisan aras menjadi
Kerana aku hanya insan yang tak sesempurna Nabi