Wednesday, January 22, 2014

Dia Tak Menangis Lagi

Malam Ini
Di dalam bas yang sama
Waktu yang seakan serupa
Ku ketemu dia lagi
Tapi kini tiada lagi tangis
Tinggal menungnya yang tragis
Ku tak rasa dia dibawah mentera magis
Mungkin hatinya sedikit terubat
Kerana masa itu penawar ubat
Penyembuh yang hebat
Tapi tak bisa melupa cepat
Kerana parut itu kekal melekat
Hilangnya mungkin lambat
Atau terus kekal pekat

Mungkin bila masa memberi peluang
Kan ku lihat dia tersenyum riang
Tidak lagi tanpa kerut terang
Bila hatinya sudah terdakap tenang
Tunggu masa untuk dibawa pulang
Oleh dia yang kau senang