Sunday, January 26, 2014

Orang Hati Berbicara

2014 datang kini. Satu permulaan tahun yang tidak begitu baik bagiku. Penulisan aku semakin kurang. Kerana apa? Kerana aku menulis apa yang berlaku di sekitar aku, tentang apa yang aku rasa, tentang apa yang aku cinta. Tapi permulaan tahun ini, betul-betul membuat hati aku kebas, lemas dan lumpuh. Tekanan yang makin menekan, permintaan yang terus meminta. Hasilnya aku lebih suka menyendiri. Semua ini kini terlalu sakit untuk aku hadapi.

Kecewa yang membelenggu. Memasung tiap deria ku. Membuatnya merasa tawar, hambar dan tiada rasa. Timbul rasa seperti mahu pudar sahaja. Hilang dalam pencarian, ghaib dalam tanda tanya. Aku hanya mahu seseorang untuk aku kongsi apa yang aku rasa. Seseorang yang boleh memberi pandangan tanpa emosi, tanpa menghukum aku.

Mungkin tuhan memang mahu aku bergini. Rasa sendiri. Sebab bukaknkah kita akan kembali kepada RahmtNya bersendiri. Tiada teman, tiada harta, tiada pangkat yang akan temani kita. Kehidupan ini saban hari menyentap semangat aku sikit demi sedikit. Kadang-kadang aku tertanya, masih ada lagikan sakinya.........