Monday, January 13, 2014

Bila Orang Hati Berkata Lagi

Hidup bagi ku kini adalah pengulang rasa pahit yang berulang ulang dirasai. Rasai penuh kecewa. Kecewa itu umpama sudah sebati bagi diri aku. Tak pernah aku merasa berada di puncak kemanisan. Tapi mungkin itulah wujudnya aku. Diwujudkan untuk membantu mereka yang disekelilingku mencapai puncak kemanisan itu.

Itulah aku. Tinggi harapan yang di harapkan.Laksana aku ini sempurna dan tak akan buat salah. Aku bukan malaikat. Aku hanya manusia, manuasia yang lemah, pelupa, rakus, pentingkan diri sendiri, pemarah, keras hati, keras kepala, degil, hati nipis, berkata bohong, bercakap kosong. Itulah aku. Apa yang aku mahu? Aku mahu seseorang yang dapat membantu aku mencapai puncak kemanisan.

Mungkin ramai yang berkata, aku begitu naif. Tapi aku tak peduli. Datangnya dia, memanaskan hati ku, terasa dekat, sangat mesra, begitu manis, sehingga aku hampir mencapai puncaknya...tetapi secara tiba-tiba dia lenyap dah hilang dari pandangan mata. Aku hilang arah, puncak kemanisan tiba-tiba hilag dari pandangan. Rasa kecewa mula menyelinap. Ia berkumpul dan terus mengepul

Aku mula emosi. Berkata apa yang tidak sepatut. Buat pertama kali, aku mengangis kerana dia. Ya  takkala muda mudi berteriak merdeka, aku menitis air mata kerana kecewa pada dia. Berkata aku yang tak patut padanya. Bukan apa, aku tak mahu kecewa ini bertukar benci. Aku tak mahu membenci dia. Dia aku anggap refleksi yang menyerupa dan melengkapkan diri aku.

Kini...memalukan, aku masih ingat pada dia. Memalukan??? Aku tak anggap begitu. Kerana aku tahu, satu sudut hatiku telah kusiapkan untuk dia diam....selamanya. Tak mudah untuk dapat peluangan kedua, melainkan Dia izinkan