Sunday, January 26, 2014

Julang Dan Hempas

Sekitika ku rasa kau julang aku mencecah kaki langit
Dan kini kau hempas aku ke tanah untuk sakit
Usah di tanya kenapa aku berahsia pahit
Mungkin kerana kau susah terima hakikat dan ungkit
Aku hanya manusia...tak terlepas dari segala perit
Hanya ku mampu melaung hati untuk jerit
Kerana kepayahan bersama mu yang semakin membelit

Ku dengar raungan mu semalam
Walau telah ku kata leaskan segala dendam
Segala ini ada hikmah yang teridam
Kerana kau kini menguji segala ego ku yang terpendam
Aku sembahkan diriku sebagai salam
Timbulkan semula emosi mu yang kian tenggelam
Mungkin benci dan kecewamu padaku belum habis padam
Atau aku yang gagal cerna hadam
Binalah tembok ini antara kita jika itu yang kau idam
Kerana bahagia pada ku ini hanya ketika mata ini pejam

Terjulang dan terhempas aku kini
Mengerang sakit di tanah gersang ini
Meneriak memanggil tiap jiwa yang ku anggap murni
Dakaplah aku walau sesaat pergi
Hidup ini kan luput tak lama lagi
Apakah jasa yang ku letak pada mu kini
Aku tahu tiada apa sebenarnya yang kau ingini