Saturday, January 25, 2014

Kita Sahabat

Kita pernah berjaga hingga lewat malam
Kerana bercerita tentang harapan yang tak pernah padam
Semua cuba kita hadam
Tidak mahu hidup di dunia menjadi khadam
Tidak mahu hasrat menjadi mimpi pendam
Lalu membukit menjadi dendam

Tawa dan sedih kita bersama
Tiada duit kita makan sama rata
Biar lapar asal gembira
Tiba petang kita main bola
Datang malam sibuk uruskan pasukan pula
Belajar jadi perkara dua
Tunggu hari akhir supaya tidak lupa
Biar dapat dua asal gembira
Itulah kita
Nama yang tertulis pada pohon yang sama