Saturday, January 4, 2014

Lady Viola

Kau yang utarakan kata-kata manis
Menjana fikiranku untuk ilham yang tak habis-habis
Agar seluruh dunia dapat ku pilis
Untuk hidup tak lagi umpama bilis-bilis
Kau ku umpama Lady Viola
Menjadi ilham dan pencetus semangat waja
Tika fikiran tersekat inspirasi terpana
Kau mahu kau berada selamanya

Kembali pada saat kau mula hadir
Darah nadi yang tersumbat kurasakan semula mengalir
Hidup ku hangat walau dalam sejuk banjir
Diberi masa berjuta untukku bazir
Namun kini kita dalam kejauhan rasa
Hanya ucap selamat pagi dan malam sahaja
Kau tidak lagi mahu mula
Walau hatiku meronta-ronta
Mahu kau berada di depan mata
Dan memegang hatiku yang lara
Walau jiwa aku meminta-minta
Untuk kau menyahut tangan-tangan cinta Ku sudah tahu jawapannya
Kerana Lady Viola bukan untuk Shakespeare