Thursday, January 16, 2014

Gadis Itu Menangis

Hampir larut malam di dalam bas
Gadis ini di depanku
Jauh menungnya
Nipis garisan matanya
Wajah sugul
Seperti ada yang tidak betul
Matanya mula bergenang
Wajahnya mula sebak tak tertahan
Mutiara matanya mula mengalir
Sambil mengetik telefon gengam
Mungkin kekasihnya menduakannya
Atau tunangnya tak setuju tarikh ijabnya
Mahupun orang tuanya sudah tiada lagi
Aku hanya boleh meneka
Begitu juga kamu semua
Yang hanya tertawa kecil
Atas sengsara yang tak pernah dierti
Wahai gadis yang menangis
Hapuslah aliran mutiara mata
Sedih ini hanya seketika
Nanti berlalulah ia
Ku ingin sahaja memberi kata semangat
Tapi aku malu sangat
Diam diri asalkan tiada yang meluat
Segala jaya untukmu adinda
Sedih ini adalah penangguhan gembira......