Tuesday, April 29, 2014

Mari Ke Mari

Mereka yang perlu aku mengerti
Walau haluan aku kiri
Rakus tak meneliti
Apa yang harus diberi
Kilauan yang ingin ku dekati
Pada tiap hati
Hati yang perlunya suci
Dari belakang bayang sepi
Dimana aku sering berdiri
Melihat satu persatu pergi
Tiada keinginan lagi
Walau rajuk dipujuk pasti
Tidak pada aku punya hati
Keras umpama keluli
Degil laksana si tuli
Tapi itu hanya kulit bukan isi
Isi ku cair lembik tiada peri
Itulah aku yang ramai gagal jejak
Mulut sering berkata lajak
Kerana bibir sering tuturkan gelak
Dalam hati penuh gelojak
Nafas penuh kencang ompak
Terlalu aku memberi
Hingga nikmatnya sudah tiada lagi
Separuh jiwa aku mahu mati
Separuh lagi masih menaruh hati
Pada tiap hati yang masih bersayu tampa erti
Pada mu lesung pipit di pipi
Aku kini sendiri.....tapi aku tak mampu untuk undang kau kemari
Kemari inap di hati
Telah lama ia usang tak berpenghuni.................................