Saturday, April 19, 2014

Palsu

Rasa yang selalu aku mahu
Bukan yang aku perlu
Semata palsu
Kerana itu semua hanya nafsu
Berlingkar mencengkam kalbu
Sampai tidak dapat beza tahu
Bertindak ikut meluru
Akal yang perlu dipasung tiru
Inilah dunia digenggam aku
Semata palsu

Tidak lagi meniti realiti
Lena dalam buai mimpi
Rasa seperti tak mahu kembali
Duduk diam sendiri
Lupa mahu mengakui
Ini hanya palsu duniawi
Dan aku enggan menyakini
Hidup telah hanyut tak bertali
Jalan pulang tetap mencari