Sunday, April 27, 2014

Dia Tidak Rasai Sakit Lagi

Pagi itu aku melihat dadanya berombak kencang
Nafas tersekat tidak lagi lancang
Terimbau kenangan bersamanya yang tidak boleh diulang
Dirinya yang berkorban untuk kami bertujuh dulang
Dengan teliti kami dia tatang
Tak kira waktu sakit yang datang
Sakit yang akhirnya menyandarkan dia untuk 6 tahun mengulang
Masih teringat tika dia berusaha menentang
"Ayah berjalan...tengok ayah berjalan" katanya yang tak senang
6 tahun hidupnya penuh ranjau dan kesakitan
Kala subuh ku dengar dia merintih pada yang Esa penuh kesalan
Pada dosa yang belum terampun kiraan
Hubungan intim yang dikhaskan
Tersembunyi di balik sakit yang tak tertahan
Rupanya rahmat dalam selindungan
Walau tak tertunai segala hajat hati
Aku tetap redha dengan pemergian tanpa ratapi
Dia kini tidak rasa kesakitan lagi
Sudah kembali kepada rahmat Ilahi
Kan ku berdoa untuk menanmbah bekalannya lagi
Moga kita kan berjumpa di Jannah satu hari nanti
Tugasnya di dunia telah selesai kini
Membesarkan bertujuh kami
Hidupmu penuh memberi
Tanpa berkira siapa diri
Pemergiannya penuh rahmat Ilahi
Cuma aku yang tak mampu menatapi
Moga tenang ayah bersemadi
Anak mu ini akan menyusul nanti

Al Fatihah Buat Ayahanda Allahyarham Abdul Aziz Mohd Hussein (14 Julai 1951 - 23 April 2014)