Saturday, April 5, 2014

Kelu

Aku kelu
Tak bisa lontar kata perlu
Diam sahaja yang aku mahu
Biarkan aku sendiri kaku
Kerana aku hanya perlu kamu
Yang berlesung pipit berwajah ayu
Dirimu yang sering ku sapa dulu
Kini tinggal rasa malu
Kerana aku tahu hendak mu tak begitu

Kelu aku dalam berkata
Pada mu yang aku puja
Dulu tika kita saling menduga
Aku gopoh dalam membuka
Semuanya aku lakukan dengan suka
Tanpa fikirkan kau yang aku mahu ada

Kelu aku untuk mengakui
Diri mu masih aku mahu sehingga kini
Cuma sapa aku tak berani
Takut kecewa datang lagi
Menghiris alur hati
Meluka lutut dan kaki
Terencat segenap akli
Membuatku mencari benci
Padamu yang amat aku cintai