Thursday, April 10, 2014

Berontak

Tempur di medan minda
Semangat anak muda yang membara
Semuanya mahu menongkah jua
Konvensional semua untuk yang tunduk bersama
Aku mahu tonjolkan rupa
Bahawa aku adalah serupa tapi tak sama
Menentang segala sistem yang mereka reka
Putarkan RATM atau Class Of 99
Ataupun Antheme of Year 2000
Semua tentang akan aku tentang
Melintas akan aku lentang

Gejolak untuk memberontak
Berfikir guna yang lagi satu otak
Sikit demi sedikit mula rosa
Tak boleh dicuit tempelak
Kuasa rakyat umpama kapak
Membelah dengan sekali hentak
Akulah tang paling kuat, jalan pun mengepak
Tetapi isi sikit pun tarak
Tahu hanya semua harus berontak
Dikeramaian berlanggar menguak
Tak ubah seperti kerbau mahu membiak
Putarkan lagi RATM atau Class of 99
Aku mahu berontak macam orang tiada otak