Thursday, April 10, 2014

Keringat

Tulang empat kerat itu
Tak henti-henti berpusu
Panas mendung tak kira waktu
Agar anak tidak lapar susu
Moga anak tak bogel tanpa baju
Berharap anak tak sepertinya yang dungu
Mendapat segala rahmat yang tertunggu
Biar sakit segala urat dan sendi mu
Kerana mereka kau puas tanpa jemu

Keringat mu yang terkerah
Basahi baju terperah
Biar anak-anak mu tak hilang arah
Biar sakit biar berbarah
Walau terbaki hanya sebesar zarah
Harap seyuman anak-anak mu tak akan punah
Merekalah yang akan bawa kau ke jannah

Kini tiada lagi keringat untuk dikerah
Kau hanya terbaring menanti tinggal sejarah
Anak-anak mu semua telah jumpa arah
Kau menanti mereka tanpa amarah
Mereka semua adalah amanah
Telah kau lakukan yang terbaik sudah
Yang terbaik untuk seorang ayah

Selamat Ulang Tahun Perkahwinan ke 40 ayah dan emak. Nali tahu Nali bukan anak yang terbaik. Tetapi ingatan Nali tetap pada ayah dan emak tiap masa. Cuma Nali tak pandai nak luahkan semua ini......