Sunday, April 6, 2014

Hati

Hati ini penuh debu noda
Tiap kata lontar hanya dusta
Kata diri yang tak punya
Pelaku jiwa yang tak pernah redha
Bila kecewa sering menjengah tiba
Di tunding jari pada mereka semua
Tidak pernah cuba menilai sendiri dada
Terlayar pada lautan alpa
Mula dengan suka-suka
Hingga tak termampu bendung rasa
Rasa yang lahir dari hati yang penuh dosa
Tunjangnya nafsu lingkar maharajalela

Pohon ampun wahai Yang Maha Esa
Maaf wahai sekian umat manusia
Hadir ini hanya untuk menumpang cinta
Satu persatu hati pergi melepaskan dakap depa
Setelah habis segala usaha
Hingga tiada lagi cara menjelma
Agar jambatan tidak runtuh melata
Sendiri itu rasa sejuk mencengkam tulang-tualng pendosa
Hingga Yang Kuasa panggil menjemput jumpa

Kini hanya tunduk malu
Semuanya telah pergi berlalu
Salahkan dia yang di dalam cermin itu
Bukan mereka yang telah berusaha setiap laku
Tiap ujian hanya untuk mereka yang mampu
Bersihkan hati.......cinta akan datang dalam tidah tahu
Kerana cinta itu....lazatnya bila hati celik tapi bisu.