Sunday, April 13, 2014

Berkatalah

Sunyi ini telah lama
Terkunci seribu bahasa
Hati tak tertuntut bicara
Kau masih enggan menyapa
Aku sakit dan masih terluka
Bukan aku tidak mahu hargainya
Tapi aku hanya manusia
Perlu kucupan mesra
Mahu dakapan erat di dada
Tapi itu semua makin pudar rasa
Tinggal hanya kelu dalam kata
Pandanganmu yang kotor dan hina
Padaku...ya padaku yang menentu syurga
Mungkin kau lupa
Dan aku terus tersakit alpa
Telah aku curahkan segala
Letak sakitku untuk kau berdua
Biar aku tersiksa agar kau bahagia
Aku cinta setiap tidak sempurna pun yang sempurna
Setiap kekuraganmu yang melengkap cara
Tiap kini saat kau berkata
Tuntutlah segala cinta
Aku semakin lemas dek arus semasa
Selamatkan lah aku dari segala
Supaya aku tidak hidup dalam kematian jua