Thursday, May 8, 2014

Kebumikan Aku

Wahai waris-warisku
Bila waktu nafas ini terputus
Waktu peluh sudah henti meletus
Jantung sudah tiada getus
Kebumikan aku tanpa tangguh
Usah biar tubuhku menunggu lenguh
Jangan tunggu yang mahu lihat dekat dan jauh
Kerana hidup ku ini telah ditarik sauh
Menunggu pelayaran yang tak berbaruh
Perjalanan yang belum tentu teduh

Kebumikan aku di tanah berhampiran
Walau aku ukan anak watan
Pintalah pada tuan yang berjawatan
Agar aku dapat disemadikan
Tanpa tunggu khalayak yang aku tak layak kenan
Mereka yang tak pernah kenal aku
Semua salah dutuduh melaku
Jangan terus seksa jasadku
Kebumikan aku segera laku