Sunday, May 18, 2014

Apa Lagi?

Kelam ku lihat di hujung pandang
Hujan yang masih tidak sedang-sedang
Sakit yang makin menjadi radang
Doa yang tak putus ku undang
Tak pernah ku jemu mengharap kau pulang
Membawa segala indah dan girang
Namun rasa yang sudah pergi tinggalkan sarang
Membuat aku rasa sendiri hiba kepalang
Sakit ini masih lagi berkarang
Letih yang meminta aku kenal pandang
Bahtera yang makin karam mengulang
Angkara nahkhoda yang terlampau naif bertelanjang

Apa lagi yang aku perlu laku
Atau sebenarnya sudah terhenti tahu
Percaya sudah lama terkubur kaku
Tidak dia sedar semuanya kerana kau yang aku perlu
Berlajarlah menerima segala ilmu
Dari hanya tahu tuduh melulu
Cinta segala insan tanpa henti seru
Kerana benci itu racun membunuh kalbu....