Tuesday, May 13, 2014

Merayu Duka

Pada tiap kesalahan
Pasti disudah dengan kesalan
Pada luka disetiap jalan
Hampa dihujung tiap perjalanan
Hujung hela nafas kenikmatan
Setelah sayu atas sebuah kehilangan
Merayu duka datang menjengah pandangan
Agar tidak bergembira pada satu episod kehidupan
Memamah dari dalam perlahan-lahan
Menunggu saat kunjung kematian
Bertemu tittik penghabisan
Bermula sebuah kesepian
Di alam yang berlainan

Datang lah wahai duka
Matikan semua rasa gembira
Dunia penuh permainan alpa
Sarap itu dianggap berguna
Dan yang nyata itu tong kosong tiada harga
Hampirlah wahai duka
Tak mahu lagi rasa gembira