Sunday, May 18, 2014

Lagu Diriku

Denyut jantungku adalah gendang
Berdegup menandakan lagu hatiku berdendang
Hembusan seruling nafas bersahutan panjang
Petik jemari umpama gitar remang
Membawa aku hanyut dalam sayu mengundang
Mulut mula mendodoi dondang sayang
Perkabaran kepada seorang teman yang lama ingin ku terbang
Rentak mula berdetik kencang
Lalui tiap memori hidup ku yang tidak tercanang
Mengundang dia yang yang sudah tidak sudi pandang
Menduga siapa wangi yang datang bertandang
Irama cemburu mula bersahut gilang
Darah muda panas mula menggoncang
Hentakan kaki mula membentak menghasut
Irama yang mula bermain dalam kabut
Petikan temulang yang mula rasa mahu tercabut
Dunia tak semestinya berlegar pada tempat paut
Pincang irama dan lagu mula melalut
Tenggelam dalam gejolak rasa ke laut
Hingga nota salah yang terpetik
Suara sudah letih memekik
Pendengar sudah sedia untuk tuli pelik
Tapi aku terus memainkan lagu diriku
Kerana itulah aku
Kerana itulah semangat
Kerana itulah hajat
Kerana itulah hasrat
Pada yang telah jemu meluat
Terimalah ini adalah hakikat
Rasa ku ini bukan dibuat-buat