Friday, May 23, 2014

Usah Stres

Beban berbukit kau pikul
Aku tahu kau tak penah lelah
Aku tau kau kuat
Aku tahu kau boleh buat
Usah stres sangat teman
Tulisan hampa mu makin mendepan
Laksana sudah tak mampu kau tampan
Tak seperti tulisan mu dulu yang memberi semangat
Dulu sering sahaja kau buat
Memberi aku kekuatan dan sengat
Mengejar segala cita yang hangat

Usah stres sangat
Senyum sedikit walau kau rasa kelat
Dalam diam ianya ubat
Menjangkit semua yang datang dekat
Tulikan telinga pada yang asyik mengata kuat
Tong kosong cakap banyak tapi kurang buat
Ulas yang jangan kau biar lekat
Hati mu ku tahu bersemangant juara
Melayar hidup tanpa leka
Memikul mereka yang kau cinta
Tanpa pinta balasan rupa

Bingkai semula lihat
Agar yang terlihat hanya yang hebat hebat
Yang cakap lebat kau biar mereka hambat
Kaki jangan biar tertambat
Nanti langkah jadi lambat
Walau lelah bertukar penat
Jangan stres sangat
Senyum sedikit...lesung pipit mu, aku mahu pikat
Walau pandang tak lagi dekat