Thursday, May 29, 2014

Tutup Mata

Mata  masih terbuka
Cuba pejam tapi enggan lena
Teringat peristiwa petang durjana
Aku kelu dikandangan kura
Tak terkata walau sepatah kata
Aku yang berhempas sedekad rasa
Semua musnah kerana yang lain kecut kemaluan mereka
Ujian ini bertimpa -timpa
Atau balasan dan bala
Angkara dosa-dosa lama
Masih tak terampun lupa
Khifarah yang aku sangka
Makin membrat luka

Pejamlah wahai mata
Aku mahu rehat lupa semua
Sering kau memutar memori muka
Mendengar segala kata-kata
Sudah.....sudah... aku mahu lena
Biarkan semua melupa
Semua sudah berlaku tanpa duga
Bila dibiar sendiri sedemikian rupa
Aku sudah tiada guna
Menunggu tutupan mata yang selama
Mungkin selepas itu aku makin dicinta
Dan dirindu didamba segala
Wahai lah mata
Tutup lah sekara ya????