Thursday, March 27, 2014

Tulisan-Tulisan Janggal

Tiada apa lagi yang tinggal
Hanya rasa yang masih dikepal-kepal
Umpama panas api kimpal
Senang laksana hanya menampal
Semua malu yang mahu kekal
Membaham fikiran rasional
Betul sudah hilang kenal
Bila rasa yang tinggal hanya bebal
Meluntur segala perisai kebal
Menelanjang susuk berdosa tebal
Niat membuat cara itu menjadi halal

Bila bibir mula bercubitan
Fikiran bertahta hanya syaitan
Ikrar mengoda anak adam menjadi amalan
Menarik tersungkur ke lahar kejahatan
Lalu syaitan hanya melepaskan
Bila suka mula jadi nafsu sakan
Tingkah akan menjadi menekan
Bila yang rukun sudah kerap ditinggalkan
Tinggal hanya tanah, awan dan lautan