Wednesday, March 19, 2014

Pinjamkan Dia Sekali Lagi

Oh Tuhan
Aku rindu harum tubuhnya
Jelmaan dirinya sering kali merupa
Adakala aku terdengar seolah dia menyapa
Memintaku kucup bibirnya yang basah selama
Masih terasa jemarimu menyentuh  belakang ku
Waktu kau berlalu
Bersama senyum simpul  malu

Oh Tuhan
Pinjamkan dia sekali lagi
Aku rindu segenap susuk diri
Hilang dia di dalam pergi
Berpaut pada takdir kuasa mu Ilahi
Hilangnya diselubungi misteri
Diselubungi gemanan awan tinggi
Atau terbenam di airan tiada bertepi

Oh Tuhan
Kuatkan hati aku dalam menanti
Keyakinan bahawa semua ini akan diakhiri
Dengan sinar Rahmat Mu yang ku ingini
Hindarkan ku dari fitnah yang datang bertubi
Teguhkan iman ku yang tak mudah tumpas kelahi
Dia tetap ku jaga di hati
Di sini tempatnya selama bersemadi

Nasib MH370 masih tak dapat dipasti. Pada ahli keluarga dan sahabat, bertenanglah. Bahagia datang dalam misteri.