Tuesday, March 25, 2014

Berikan Mereka Penutup

Berlalu hari yang ke tujuh belas
Takkala khalayak mula merasa malas
Mata-mata mula rimas
Nafas mula tenggelam lemas
Datang berita yang membuat muka kebas
Setelah kata tertembar berdas-das
Spekulasi terpelanting pedas
Tabahlah pada tika awan ganas

Hentikan tunding
239 jiwa kini khuatir sudah terbaring
Usaha mesti berganding
Agar berjumpa apa yang  penting
Maklumat terakam tika saat genting
Berikan mereka penutup
Hasil siasatan yang tak terkatup
Walau takdir itu telah termaktub
Usaha itu pada merka yang akur sujud

Mengagah tujuh belas hari
Kini sudang terpampang pergi
Tangisi sebuah tragedi
Harap tidak berulang lagi
Tiada apa lagi yang harus di terjadi
Selain berikan mereka penutup untuk legakan hati

10 malam tadi baru sahaja diumumkan MH370 berakhir di selatan Laut Hindi. Optimis walau tipis