Wednesday, March 26, 2014

Sedikit Hatimu

Dahulu kau serahkan semua
Serah padaku untuk aku jaga
Ada masa aku julang namun banyak masa aku alpa
Kerana ikutkan ego yang menyala
Hati menjadi raja
Sultan menunduk mata
Lalu aku luah mengila lupa
Lupa akan hatimu yang lembut rupa
Hingga kau ambil hati mu semula
Larang aku mengimbas hala
Kerana pada ku kau sudah luruh percaya

Aku dambar walau sekelumit
Sedikit hatimu ingin aku kait
Izinkanlah walau aku tahu pahit
Jangan biarkan aku terus dalam sakit
Tangan ku akan terus menggamit
Menuggu cintamu walau setitik
Bila telah puas aku memekik
Walau hati terasa seperti tercekik
Bila kau hanya diam tanpa tempek