Monday, March 3, 2014

Jerebu

Hawa panas ini menyesakkan
Menitis peluh tekak kehausan
Pandangan kabur mata tertekan
Mengharap hujan turun membasuh sekitaran
Sudah lama ia berdebu penuh kotoran
Angkara insan lupa daratan
Hanya tahu mahu sementara sakan
Bukan untung nasib masa hadapan

Hawa panas ini akan berterusan
Selagi umat tak kenal batasan
Rakus meratah penuh paksaan
Dalam hati yang tiada perhambaan
Sang kuat menyantap tanpa kesalan
Tinggal yang lemah dalam masalahan
Hidup terus tanpa sedaran
Agar nafsu dapat dilampiaskan
Mahu yang lain diketepiakn

Sedarlah wahai insan
Jangan mengeluh kala turunnya hujan
Air itu darah kehidupan
Tak mampu manusia ciptakan
Turunnya membasuh segala noda keadaan
Hindar segala jerebu ketidakadilan
Doalah wahai kalian
Taubatlah wahai kawan
Ada agaknya tak kena di sisi Tuhan
Sebelum bala seterusnya diturunkan