Tuesday, March 4, 2014

Diam

Genap kini malam yang ke lima
Kau sepi seribu bahasa
Melenyap segala janji yang kau bina
Bahawa kau akan ada untuk ku sentiasa
Memang aku kecewa
Aku mahu kau ada sentiasa
Tapi aku bermimpi rupanya
Waktu jari-jari menuding tepat di kepala
Tika telapak menekan aku dari bangun semula
Kau diam tanpa kata
Membiarkan aku sendiri tanpa harga
Lalu ku ucap undur pergi selama
Mengharap kau menghalang semahunya
Agar aku diam berdiri bersama
Aku hanya manusia biasa
Tertewas pada rasa hampa
Cuba menggapai bahagia
Mudah remuk kecewa
Sabar tetapi mengungkit sahaja
Diam ini bukan akhirnya
Aku tetap menanti...untuk kau tuntut semua