Sunday, March 16, 2014

Sisi Aku

Kata aku tak pernah tuju lurus
Pandangan aku hanya aku tahu urus
Kegembiraan yang makin kebulur kurus
Namun niatkan selamanya tulus
Itu lah selamanya sisi aku
Melihat dunia tidak dari sisi tahu
Kataku jangan diambil dari nahu
Atau dibaca dalam literal
Tiada apa yag membuatnya terbatal
Melainkan tika saat menjadi janggal
Hampir membiar diri dipenggal
Dek kerana hati yang digaru gatal

Sisi aku...sisi gelap
Laksana membaca dalam malap
Perlu berulang baca untuk metangkap
Kerana hati in tidak bertingkap
Bagi pengembara untuk menyingkap
Dalam ada yang bergantung harap
Segala tekanan aku serap
Walau diri dianggap sarap
Penghargaan yang hilang laksana asap
Tinggal hanya bau tajam mencucuk genap

Ada kala bila seluruh menanti keputusan
Mahu lihat mahu tekan
Disaat perlu memilh yang benar atau betul dalam keadaan
Benar itu adalah fakta tulisan
Betul itu adalah interaksi dengan kejadian

Saat ini nasib MH370 masih menjadi tanda tanya. Hentikan spekulasi