Friday, March 7, 2014

Bangun Dan Bina

Di atas serpihan kecai kota lama
Berdiri aku terkasima
Menanti turun segala kurnia
Bila mana nyawa menjadi harga
Bila matlamat menjadi paksa
Aku harus bangun dan bina
Dari terus terbuai leka
Mengharap sembuh segala luka
Terhiris kerana pengecut muka

Ayuh lupakan itu semua
Bangun dan bina bersama
Sebuah utopia yang tak akan sempurna
Dalam kekalutan hiba
Menjalar kecelaruan nista
Hiburan para pendusta
Menanti dan belum lena
Untuk aku menjadi seperti mereka
Meruntuh apa yang telah tersergam bina
Bila hati sudah tak bisa menduga
Tiba masa untuk tinggal segala
Mecuri segala pura
Menghambur segala hiba
Aku takkan di sini lama
Molek jika mengindah rupa
Kerana hidup akan beredar selama