Saturday, March 29, 2014

Kad Ucapan, Buku Dan Cokelat

Umpama tulisan puisi marak
Kotak hitam bercorak perak
Isi dalamnya penuh hasrat yang berselerak
Persembahan untuk jiwa yang menyulam semangat
Semangat yang makin pudar dan tiada hangat
Ia datang umpama sengat
Merenjat segenap tubuh keramat

Perlahan kota dibuka
Dilihat persembahan apa
Adakah dia akan suka
Atau sekadar hanya mahu melupa
Penyembah yang mula melampaui batas jumpa
Dia tidak muncul rupa
Tertempek hati dengan kecewa
Hanya ingin mengucap penghargaan pada mula
Bukan untuk membibitkan cinta
Itu jalan yang pernah lalui teroka
Terteduh dek pohon hampa
Selumbar menyambar luka
Bukannya berputus asa
Hidup mesti berpandu realis harga

Kad ucapan, buku dan cokelat
Dari semua yang dia minat
Harapan berpusing ligat
Bersua walau sesaat