Saturday, March 22, 2014

Duniaku Kospirasi????

Cakap sana cakap sini
Dunia ini akan musnah nanti
Itu infomasi basi
Sudah ketahuan dari masih kencing berdiri
Fremason, yahudi, barat dan illuminati
Antibiotik, ubat batuk dan imunisasi
Semua rancangan di susun teliti
Dunia dirundung oder baru kini
Kadang-kadang yang cakap pun tak mengerti
Lingkar hati dengan emosi
Tak mahu akui kelemahan diri
Suka depa dada dan tunding jari
Dunia ini penuh cinta
Tetapi ramai yang tutup mata
Hanya hormat yang sama percaya
Melenting bila terkena muka
Lupa tika meludah suka
Ada yang senyap kura
Lenyap dalam cengkerang pura
Tak mahu campur bagai di kata
Lupa yang kita ini sama
Melintasi sempadan warna
Melepasi limpahan harta
Hentilah dengan segala spekulasi
Nilaikan diri beleklah hati
Dunia ini hanya konspirasi
Bila diri takut untuk mati
Cinta dunia yang tidak abadi................

Hari yang ke 15. MH370 hanyalah pengulangan spekulasi. Sabar jiwa-jiwa......