Saturday, March 8, 2014

Doakan Untuk Mereka

Hentikan segala cerita sumbang
Yang kau tak pasti dari mana lubang
Bayangkan kalau mereka kau empunya adik kakak abang
Jangan mahu mengolah sembang
Doakan agar ibu ayah reda bimbang
Supaya sang isteri risaunya hilang
Kau bukan di tempat mereka sekarang
Bolehlah kau lagak sebarang

Kata kata merebak umpama api pada lalang
Membuatku mual untuk lagi memandang
Jangan fikir semua ini senang dirancang
239 bukan angka sedikit untuk tercanang
Beratus lagi hati mahu ditatang
Jika mereka sudang dipanggil...diharap tenang
 Sudahlah dengan cerita yang tak jadi senang

Doaku bersamu wahai adik Erny
Agar diberi kekuatan menjalani
Ini semua ketentuan ilahi
Iman itu ntah di takat mana kalau tak diuji
Itu tanda Dia mengasihi
Segalanya masih cerah sekali
Habis malam datanglah mentari

Tika ini pesawat MH370 masih belum ditemui. Suami  Erny Marsila, saudara Mohd Khairul Amri B. Selamat adalah salah seorang penumpang . Berdoa dan henti spekulasi.