Saturday, March 8, 2014

Menuju Angkasa

Bersentuh dalam mimpi idam
Terdakap dalam fikiran malam
Cukup untuk membuat aku tahu membuat aku faham
Nafsu dalam ribut menghadam
Serapah yang membuatku asyik hilang tenggelam
Menambat hatiku umpama jabat bersalam
Mempermainan perasaan aku yang sudah lama kelam
Diludah pada dataran berdebu semalam
Dan cinta akan terus menjadi haram
Bila haram dieja songsang dalam faham

Tiada siapa tahu kesunyian yang aku landa
Jalani jalan berliku senda
Salah ini aku yang merupa
Memilih laluinya membabi buta
Emosi membeku terpangkah rasa
Hilang cinta pada mereka yang pernah menyapa
Dalam mencari rasa hati yang sama
Aku benci kerana rasa ini seperti yang telah aku jangka
Rasa seperti mahu mula semula

Terdapat ruang kosong pada hatiku yang lara
Dulu diamnya dirimu mengindah ceria
Hingga tiba saat kau mempersembah duka
Akibat mengular jemu menduga
Walau terhenti nafas aku hela
Bila tiba waktu kau menyapa

Kan ku tebas denai dan jalan
Jantungku kini dapat rasakan getaran
Rasa yang tidak lagi bersempadan
Sengal tiap temulang bila tiada cubaan
Hilang lenyap segala kekuatan
Bila diri ini rasa tiada keperluan

Kau umpama sang suria
Takkala aku bergegas menuju angkasa
Hajat meneroka walau panas habamu
Walau ku tahu kan ku lebur saat dekatimu
Namun degil mendengar sebati dengan ku
Kau masih aku tuju
Biar panas membakar....aku tak akan peduli tahu


diinspirasi dari Space Bound oleh Eminem