Friday, March 21, 2014

Si Burung Hantu

Malam makin larut
Insan lena dengkur bersahut
Dalam celahan hutan batuan berparut
Sepasang mata yang masih belum mahu surut
Dia yang sering terbang melawan turut
Mereka yang tak kenal pasti takut
Namun hatinya tak pernah ambil kecut
Kerana nilainya yang tak mudah dibiar jerut

Si burung hantu
Berkukur tidak tentu
Hatinya tak siapa pun tahu
Barang mendekati akan berpusing laju
Mitos moyang yang terasap dibahu
Meletak mu dengan kematian berkait palsu
Walau pun kukurnya indah semerdu
Mendendang pada purnama yang dia selalu rindu

Si burung hantu
Kesunyian dalam sendiri
Dia yang memilih untuk sebegini
Atau itu yang hanya teramal dikhalayak kini
Sebenarnya diri yang kurang dierti
Tersebab kerana asyik terbang berlari
Terpalsu pada alasan ingin menari
Cuba duduk diam -diam
Fikir sabar dalam- dalam
Ambil semua untuk cerna hadam
Purnama  akan muncul dari celah-celah kelam