Thursday, November 28, 2013

Ku Pejamkan Mata

Waktu rasa kecewa bersulaman pada hati
Ku pejamkan mata...gelita ku perhati
Menyelongkar wajahmu di pertemuan terakhir penuh erti
Senyum mu, tawa mu dan sayangku
Mula terbina kali pertama kau sapa 110 hari yang lalu
Sebelum ku kambus segalanya hari ini
Menghapus segala kenangan yang kau tak ingini
Walau bagi ku ianya kenangan abadi
Membungakan hati
Menguatkan sendi
Kau bisa menjadi segala bagiku
Umpama udara segar Di pagi hari
Namun semuanya terkambus kini
Kerana aku sudah tersembam menyembah bumi
Ku Pejamkan mata lagi
Kau datang.....kau datang mengucup ku dipipi
Ku Pejamkan lagi....kau sudah tiada lagi