Saturday, November 23, 2013

Sepi

Membuka bongkah - bongkah masa
Tiap susuk dibiar aku kecewa tanpadan datang dan pergi
Ramai yang bertindak mahu pergi
Tinggal hanya yang memilih untuk makin sepi
Makin sepi lalu mati
Pada yang telah mengisi
Walau separuh takat nadi
Sebelum pergi membawa diri
Aku masih disini
Membiasa laku dan keruan komplikasi
Tak terluah untuk di fahami
Kerana aku takut terluka lagi
Parut kecewa masih sembuh menanti

Kenapa dibiarkan aku kecewa dengan tanda tanya?
Aku lagi sanggup mati terjawab segala
Agar hati ku dapat menutup mata
Pada denyutan terakhirnya

Sepi aku benci
Sepi itu tak pasti
Sepi itu ku rasa kini
Sepi itu berulang kali
Sepi itu tak berganjak kaki
Sepi iru temanku kini
Teman yang setia menanti