Sunday, November 24, 2013

Gembira Tak Setara

Semalam aku banyak termenung
Mendengar, memahami apa yang mereka luahkan
Espresi...ya itu lah espresi karya karya mereka
Tak seperti karya aku yang suka sendiri
Selagi tidak diespresi
Samalah ia umpama hanya beronani
Puas sendiri tapi tiada erti pada khalayak kini

Ku katakan aku gembira
Hanya untuk menampal luka
Setelah berkali dinding di tumbuk buku lima
Gembira ini tidak setara
Selagi engkau tiada
Yang melengkap segala sengsara
Mencukup segala derita
Untuk diolah menjadi gembira
Dari aku terus berminta-minta
Dan terus mengejar bayang alpa

Realiti sudah kau lupa
Lihat sahaja sekeliling jingga
Kau menonjol umpama jari luka
Teruskan apa yang kau teruja
Mungkin ini penghabisan nya
Entri aku yang ratus ketiga