Saturday, November 23, 2013

Murung

Siapalah aku
Untuk menghendak mu waktu ku perlu
Siapalah aku
Untuk memuja mu tanpa jemu
Siapalah aku
Untuk merinduimu dalam kau tak tahu
Siapalah aku
Untuk mengasihimu sedalam mahu
Siapalah aku
Untuk mendamba perhatianmu tanpa ragu
Siapalah aku
Untuk ku luah segala isi hati terbuku
Siapalah aku
Untuk ku tatap jernih mata mu yang ayu
Siapalah aku
Untuk meminta seulas senyum indahmu
Siapalah aku
Untuk pinta kau diam laksana rusuk kiriku
Siapalah aku
Untuk ku persembahkan tahta mahligai Tuanku
Siapalah aku
Untuk pinta segala cintamu
Siapalah aku
Hanya insan yang tiada siapa tahu
........tiada siapa mahu
Dan sepi itu teman yang baru