Saturday, November 23, 2013

Puisi

Ku coretkan puisi-puisi ini
Agar dia tahu segala isi hati
Kerana aku kelu untuk luahkan sendiri
Rasa sedihku, rasa syukurku, rasa amanku, rasa maluku melingkar hati
Dia yang mencetus segala ilham bersemi
Dia yang manis dimataku tiada terperi
Membuatku mahu terus hidup memperbaiki
Agar esok lebi baik dari hari kini

Mungkin dia tak mengetahui
Betapa dia ku sanjungi
Telah ku siapkan daerah di dalam hati
Untuk dia diami kalau dia sudi
Itulah aku yang sering mendakap mimpi
Tanpa berkukuh dalam realiti
Yang kau takkan mentahta and mendiami
Walau ku rasa amat serasi
Tapi dasarnya tak perdah dipeduli
Tertimbus oleh masa -masa ketat sekali

Kini ku rasa betapa ketatnya hidup ini
Tiada yang seindah pelangi
Tiada tempat untuk idealis sebegini
Bila hidup umpana tebaran umpan mengaburi
Aku tetap begini
Walau bah besar datang membanjiri
Aku tetap bersama puisi- puisi ini
Yang mengigatkan ku akan dia kini
Hati yang tak terpeluang untuk aku cintai