Sunday, November 24, 2013

Hanya Untuk 10 Minit

Hari jumaat malang
Tepat masa memang aku bilang
Tapi ramai yang juga mahu pulang
Lif sudah takde ruang
Telefon berdering berulang ulang
Sabar....itu yang aku bilang
Kalau kau rasa aku temberang
Itu terpulang

Kau menunggu sudah mencuka
Aku tanya semua tak kena
Hanya sepuluh minit bukan aku sengaja
Ungkit semua cerita lama
Ku berhentikan kereta
Kau ambil sahaja ini semua
Aku boleh susun cerita
Tak perlu berpaut pada harta

Berlalu aku sendiri
Apa lagi yang harus aku hadapi
Sabar hanya takat ini
Bertahun kebaikan di tolak ke tepi
Angkara 10 minit yang kau kata aku mungkiri